Solutions

CRM yang faham bisnes online anda

Anda sudah berjaya bawa trafik ke kedai online. Tapi berapa ramai pelanggan yang beli sekali dan hilang? Founder bantu anda kenal setiap pelanggan, follow up secara automatik, dan ubah one-time buyers jadi pelanggan setia.

Cabaran Kedai Online & E-Commerce

Masalah biasa yang dihadapi oleh bisnes dalam industri ini — dan kenapa ia perlu diselesaikan.

Pelanggan beli sekali, lepas tu senyap

Kos untuk tarik pelanggan baru makin mahal — Facebook Ads, Google Ads, influencer marketing. Tapi kebanyakan pembeli buat satu pembelian dan tak pernah kembali. Tanpa sistem follow-up yang automatik, anda kehilangan peluang repeat purchase yang sepatutnya mudah diraih.

Data pesanan terperangkap dalam WooCommerce

Semua maklumat pelanggan — apa yang mereka beli, berapa kali, jumlah spend — tersimpan dalam WordPress admin yang susah nak buat apa-apa. Anda tak boleh segment pelanggan VIP, tak boleh trigger mesej berdasarkan pembelian, dan tak nampak siapa yang dah lama tak beli.

Abandoned cart yang tak di-recover

Kadar abandoned cart untuk kedai online Malaysia adalah sekitar 70-80%. Kebanyakan bisnes hanya hantar satu email recovery yang jarang dibaca. Peluang untuk recover jualan melalui WhatsApp — yang mempunyai read rate 95% — terlepas begitu sahaja.

Manual copy-paste antara platform

Setiap hari, anda atau staff copy data dari WooCommerce ke spreadsheet, dari spreadsheet ke WhatsApp, dari WhatsApp ke notes. Proses manual ini bukan sahaja lambat, malah sering menyebabkan kesilapan dan pelanggan yang terlupa.

Bagaimana Founder Bantu

Penyelesaian konkrit yang dibina untuk keperluan kedai online & e-commerce.

Sync WooCommerce secara automatik

Install plugin Founder untuk WooCommerce dan semua pesanan, pelanggan, dan produk akan sync dalam masa nyata. Setiap pelanggan mendapat profil lengkap — sejarah pembelian, total spend, dan RFM score dikira secara automatik.

Customer Data Platform

Abandoned cart recovery melalui WhatsApp

Bina automation flow yang hantar WhatsApp reminder apabila pelanggan tinggalkan cart. Satu jam selepas abandon, mesej pertama keluar. Kalau tak respon dalam 24 jam, follow up dengan diskaun. Recovery rate 15-25% — jauh lebih tinggi dari email.

Marketing Automation

Segment pelanggan berdasarkan pembelian

RFM scoring secara automatik mengenal pasti pelanggan terbaik, yang berisiko churn, dan yang dah lama tak beli. Buat kempen yang disasarkan — bukan blast WhatsApp yang sama kepada semua orang.

Analytics & Reporting

Kedai online yang menggunakan WhatsApp untuk abandoned cart recovery melihat peningkatan 15-25% dalam jualan yang sepatutnya hilang.

Soalan Lazim

Berapa lama masa untuk sync data WooCommerce saya?
Untuk kedai dengan kurang 10,000 pesanan, sync awal biasanya siap dalam 10 minit. Selepas itu, semua data baru sync dalam masa nyata secara automatik.
Boleh guna untuk kedai yang jual di multiple platform?
Ya. Anda boleh connect WooCommerce sebagai sumber utama, dan gunakan REST API untuk import data dari platform lain. Pelanggan akan di-dedup secara automatik berdasarkan email dan nombor telefon.
Adakah ia berfungsi dengan tema dan plugin WooCommerce saya?
Plugin Founder menggunakan WooCommerce hooks standard dan berfungsi dengan mana-mana tema. Ia tidak mengubah storefront anda — hanya sync data di belakang tabir.

Sedia untuk bermula?

Setup dalam beberapa minit. Tiada kad kredit diperlukan.